• Buta Akibat Main Permainan Telefon

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+


    SEORANG wanita berusia 21 tahun dari Dongguan, China mengalami halangan arteri retina pada mata kanannya, akibat bermain permainan telefon pintar tanpa henti.

    Wanita yang dikenali sebagai Wu itu menyedari dia tidak dapat melihat menggunakan mata kanannya sejak 1 Oktober lalu.

    Pada mulanya dia menyangkakan keadaan tersebut disebabkan terlalu letih lalu mengambil keputusan untuk tidur.

    Namun dia masih buta pada mata kanannya selepas bangun pada keesokan harinya.

    Dia mengetahui didiagnosis dengan keadaan serius yang dikenali sebagai halangan arteri retina apabila dibawa oleh ibu bapanya ke hospital untuk pemeriksaan.

    Menurut doktor, keadaan itu biasanya berlaku pada pesakit warga emas, tetapi kes Wu mungkin disebabkan terlalu menumpukan pada skrin telefon pintar yang kecil.

    Wu mengakui dia menghabiskan banyak masa bermain menggunakan telefon bimbitnya.

    Pada hari biasa, dia boleh bermain tanpa henti sehingga tujuh atau lapan jam. - odditycentral

    Subjects:

  • No Comment to " Buta Akibat Main Permainan Telefon "