• Buru 5 Pemimpin Utama

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    MARAWI: Pertempuran di Marawi, selatan Filipina yang ditawan militan Daish lima bulan lalu mungkin tamat pada hari ini, kata seorang komander tentera semalam.

    Ketika ini tentera meneruskan fasa pengunduran dari bandar tepi tasik yang musnah teruk akibat pertempuran.

    Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, hanya 20 militan masih bertahan di satu lokasi kecil di Marawi termasuk lima pemimpin utama.

    “Tiga batalion tentera kini makin menghampiri kawasan mereka.

    “Mungkin esok (hari ini) kami boleh lakukan. Kami akan isytiharkan pertempuran tamat sepenuhnya,” katanya ketika ditanya wartawan bila pertempuran bakal berakhir.

    Presiden Rodrigo Duterte pada Selasa lalu mengisytiharkan Marawi dibebaskan daripada militan Daish tetapi memberitahu, pertempuran masih berlaku.

    Galvez berkata, askar menghampiri kedudukan tiga anak lelaki pemimpin Daish Asia Tenggara, Isnilon Hapilon yang mati dibunuh dan dua militan rakyat Malaysia termasuk Amin Baco.

    “Kami tidak boleh menyatakan misi ini berjaya sepenuhnya sekiranya lima individu itu masih berada di sana,” katanya.

    Menurutnya, baki militan yang tinggal itu bertungkus lumus untuk hidup dan mempertahankan kedudukan mereka yang dikepung. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Buru 5 Pemimpin Utama "