• Bunuh Kekasih, Berang Kena Ejek ‘Tak Kuat’ Main

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    BAHANA berang, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membunuh kekasih hanya kerana diejek ‘tidak kuat’ ketika melakukan aksi jimak di ranjang.

    Insiden pembunuhan kejam itu telah mengakibatkan mangsa, Vera Yusita Sumarna mati di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian dada oleh suspek, Jonny Setiawan.

    Difahamkan, Vera sebenarnya sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 11 tahun. Malah suspek juga mempunyai seorang isteri sah.

    ‘Scandal’ antara mereka bermula sejak setahun lalu, namun ia tidak diketahui oleh ahli keluarga wanita berkenaan. Tambahan pula, suspek merupakan pekerja kepada mangsa.

    Kejadian berlaku apabila suspek mengaku sakit hati kerana dibanding-bandingkan dan diejek akibat tidak pandai memuaskan nafsu seks mangsa.

    “Saya dan dia sempat gaduh mulut sebelum berlaku pembunuhan, saya tidak tahan selalu dibanding dengan lelaki lain, walhalhal saya sudah berusaha pertahan hubungan,” katanya.

    Jelas suspek lagi, dia mengakui telah merogol Vera terlebih dahulu sebelum bertindak menikam mangsa sebanyak empat kali di bahagian dada.

    Selepas membunuh, suspek meninggalkan mangsa dan melarikan diri ke rumahnya. Setibanya di rumah, suspek mendapati isterinya pula sedang bersama dengan lelaki lain.

    Menurut laporan, suspek turut menikam isteri dan lelaki tersebut sehingga kedua-duanya mengalami kecederaan yang parah.

    Mayat Vera telah ditemui oleh seorang pekerja wanita bernama Lisa dan kemudian segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

    Sementara itu, keluarga Vera dikatakan memilih untuk berdiam dan tidak menghebohkan tentang perkara ini.

    Manakala, suami Vera pula dilaporkan enggan memberi sebarang ulasan berkaitan skandal hubungan isterinya dengan mangsa.

    Dalam perkembangan lain, isteri suspek malah mengakui sudah mengetahui tentang hubungan terlarang antara Vera dan suaminya itu.

    Oleh sebab itu, dia turut menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain atas tujuan membalas dendam.– MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Kekasih, Berang Kena Ejek ‘Tak Kuat’ Main "