• Bunuh Diri Selepas Lihat Rakan Karib Mati Depan Mata

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    SEORANG gadis membunuh diri selepas ternampak rakan karibnya dipukul sehingga mati oleh sekumpulan lelaki di luar Tecsco Express, Julai tahun lalu.

    Ciara Witt, 16, menyaksikan rakannya, Jack Gudge, 17, dipukul dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di depan matanya sendiri, menurut inkues kematiannya.

    Beberapa hari sebelum kematian Witt, dia sempat menghadiri majlis pengebumian Jack dan menghabiskan masanya di tanah perkuburan tersebut.

    Witt menghilangkan diri pada 4 November tahun lalu, sehari selepas majlis pengebumian Jack.

    Mayat gadis itu kemudian ditemui di garaj kediamannya di Bournemouth, Dorset.

    Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.30 malam pada hari dia dilaporkan hilang.

    Pegawai polis tiba di kediamannya pada pukul 4 pagi, 5 November lalu tetapi tidak memeriksa kawasan garaj.

    Namun mayat Witt ditemui ahli keluarganya berusia 15 tahunnya pada pukul 9.30 malam.

    Hari ini, pegawai polis yang melakukan siasatan memohon maaf di atas kecuaian tersebut.

    Sepanjang sesi inkues itu, Witt didakwa berdepan masalah dengan emosinya dan pernah dirujuk kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja (CAMS).

    Namun keadaannya menjadi lebih teruk susulan kematian Jack.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Diri Selepas Lihat Rakan Karib Mati Depan Mata "