• Bunuh Budak Untuk Dapat Anak Lelaki

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Gila..Sepasang suami isteri yang terdesak untuk mempunyai anak lelaki selepas memiliki empat cahaya mata perempuan, sanggup membunuh anak perempuan jiran mereka kerana percaya kanak-kanak itu adalah `korban’ dalam usaha mendapat anak lelaki.

    Pasangan kejam itu, Satish Singh, 35, dan isterinya, Namita, 30, telah menculik anak jiran mereka yang berusia empat tahun itu lalu memotong tangan, kaki dan telinga serta mengelar lehernya.

    Mereka yang berasal dari Sahranpur, Uttar Pradesh, pernah mempunyai anak lelaki tetapi meninggal dunia pada usia 18 bulan.

    Pasangan itu melakukan korban berkenaan selepas mendapat nasihat daripada bomoh, Vriksh Pal, 50, yang meminta mereka mengorbankan seorang budak perempuan dalam usaha mendapat anak lelaki yang sihat.

    Selepas mendapat nasihat gila itu, Satish dan Namita menjadikan Akshita sebagai sasaran.

    Kehilangan Akshita telah menyebabkan bapanya, Mahavir Singh, 35, menghubungi polis dan empat hari selepas itu, dia menemui mayat anaknya yang telah dikerat di dalam kebun.

    “Kami telah menahan Satish dan Vriksh Pal tetapi isterinya melarikan diri. Kami menemui senjata berupa pisau yang digunakan dalam jenayah itu,’’ kata polis yang menawarkan ganjaran sebanyak RM639 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Namita. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Budak Untuk Dapat Anak Lelaki "