• Brent AS$57.79 setong

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Premium risiko kembali ke pasaran minyak mentah apabila memacu harga penanda aras global susulan meningkatnya pertempuran di Iraq yang mengancam bekalan, sementara ketegangan politik wujud antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

    Selepas beberapa bulan dagangan berkurangan di mana OPEC yang menerajui pemotongan bekalan menyokong harga minyak mentah, namun peningkatan pengeluaran AS memacu harga.

    Harga minyak bergerak dengan positif bulan ini dengan permintaan dilihat lebuh kukuh berbanding satu ketika pada beberapa bulan kebelakangan ini terutama di China.

    Walaupun wujudnya beberapa aktiviti pengambilan untung, niaga hadapan minyak mentah Brent, iaitu penanda aras global bagi harga minyak berada pada AS$57.79 pada 0148 GMT, 2.5 peratus lebih tinggi berbanding penutup Jumaat.

    Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$51.76 setong, susut sedikit berbanding penutup semalam, namun masih kira-kira dua peratus lebih tinggi daripada Jumaat lalu dan hampir satu perempat mengatasi paras pertengahan Jun. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Brent AS$57.79 setong "