• Boy Iman Diserah Pula Kepada IPD Kubang Pasu

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    SUNGAI PETANI: Perintah reman dua hari ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, tamat pada Selasa.

    Perintah reman itu turut dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy Iman dan juga tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

    Pada Isnin, kesemua mereka direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu kes berkaitan penipuan pelaburan binaan rumah membabitkan RM30,000 yang dilakukan DBI Properties.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan, Chan Teck Paing mengesahkan perkara itu.

    Beliau berkata, kesemua suspek akan diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra.

    "Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan," katanya. - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Boy Iman Diserah Pula Kepada IPD Kubang Pasu "