• Bom AS 'Lenyapkan' Raqqa - Russia

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    MOSCOW: Russia menuduh pakatan diterajui Amerika Syarikat (AS) di Syria mengebom dan memusnahkan bandar Raqqa dari muka bumi sama seperti cara dan Britain mengebom Dresden, Jerman pada 1945.

    Kementerian Pertahanan Russia berkata, Barat seolah-olah tergesa-gesa memberikan bantuan kewangan kepada Raqqa untuk menutup bukti jenayahnya sendiri.

    Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov, berkata kira-kira 200,000 orang menetap di Raqqa sebelum konflik Syria namun tidak lebih 45,000 penduduk tinggal ketika ini.

    Minggu lalu, militan disokong AS mengisytiharkan kemenangan memerangi kumpulan Daesh di Raqqa dengan mengibarkan bendera di kubu kuat terakhir pengganas itu selepas pertempuran selama empat bulan.

    "Raqqa mewarisi nasib Dresden pada 1945, ia musnah di muka bumi akibat pengeboman Anglo Amerika," kata Konashenkov.

    Kebanyakan bandar Jerman musnah akibat serangan bom Tentera Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua berakhir.

    Russia menyambut baik janji bantuan kewangan Barat untuk membina semula Raqqa, namun Konashenkov berkata, beberapa permohonan bantuan kemanusiaan Barat untuk penduduk Syria di kawasan lain di negara itu ditolak. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Bom AS 'Lenyapkan' Raqqa - Russia "