• Biar Kontraktor Tempatan Laksana Projek Di Sarawak

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    Tugas melantik kontraktor untuk melaksanakan projek pembangunan di Sarawak sepatutnya diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Menteri Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol.

    Beliau berkata, kerajaan persekutuan sepatutnya berhenti mempraktikkan perlantikan kontraktor berpengkalan di Semenanjung untuk melaksanakan projek di negeri ini.

    Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, kontraktor dari Semenanjung Malaysia tidak mempunyai perbezaan dengan kontraktor tempatan apabila sampai kepada tahap spesifikasi.

    "Kita menghargai peruntuntukan besar diumumkan Perdana Menteri tetapi sebagai wakil rakyat, saya merayu supaya pelaksanaan dibuat di peringkat negeri bukannya Putrajaya.

    "Putrajaya sepatutnya membiarkan kerajaan negeri melantik kontraktor," katanya.

    Abdullah berkata, penduduk luar bandar yang akan berdepan penderitaan apabila projek pembangunan dilaksanakan berdepan masalah disebabkan isu kontraktor.

    Malah menurutnya, penduduk sebenarnya mahukan kerajaan menguruskan dana dengan efisien dan mengelak daripada berlaku kesilapan.

    "Ini termasuk pelaksanaan projek yang bersih dengan menitikberatkan integriti bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati lebih pembangunan," ujarnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Biar Kontraktor Tempatan Laksana Projek Di Sarawak "