• “Bertuah Punya Menantu Pemalas”

    Published: Sunday, 15 October 2017
    A- A+

    Rimas mendengar leteran menantunya, seorang bapa mengambil keputusan membina sebuah ‘lif persendirian’ di apartment kediaman mereka di Chongi, China.

    Lapor Odditycentral, bapa berkenaan yang dikenali sebagai Xong tak pernah merungut untuk menaiki tangga ke rumahnya setiap hari, biarpun telah bertahun-tahun menetap di apartment terbabit.

    Bagaimanapun, menantunya mula merungut betapa letih menaiki tangga hingga ke tingkat enam sejak berpindah ke rumahnya.

    Xong pada awalnya ingin mengusir menantu pemalas itu keluar dari rumah, namun tindakan itu mungkin akan memberi kesan kepada anak perempuannya.

    Membuatkan dia terpaksa ‘akur’ dengan rancangan membina sebuah lif untuk terus naik ke kediamannya.

    Xong kini tidak lagi mendengar leteran menantunya yang kini lebih senang untuk naik dan turun ke rumah mereka setiap hari.

    Pembinaan lif tersebut bermula hujung tahun lalu dan siap sepenuhnya selepas beberapa bulan.

    Video yang memaparkan struktur lif ke kediamannya itu turut tular di laman Weibo. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " “Bertuah Punya Menantu Pemalas” "