• Bertembung Kapal Tangki, 2 Komander Kapal Pemusnah AS Dipecat

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    TOKYO: Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam memecat dua komander kapal pemusnah yang bertembung dengan kapal tangki di Singapura kerana dianggap ‘hilang kepercayaan’ terhadap mereka.

    Dalam kejadian pada 21 Ogos lalu, kapal pemusnah USS John S McCain melanggar kapal tangki ketika menuju ke Singapura, menyebabkan lubang besar terbentuk pada badan kapal terbabit.

    Pertembungan itu mengorbankan 10 kelasi kapal dan mencederakan lima yang lain.

    Kejadian itu berlaku selepas kapal pemusnah lain, USS Fitzgerald, bertembung dengan kapal kargo yang membawa bendera Filipina di Jepun pada Jun lalu, menyebabkan tujuh kelasi maut.

    Pegawai Memerintah Alfredo J Sanchez serta pegawai eksekutif, Jessie L Sanchez dipecat daripada tugas mereka semalam, kata Armada Ketujuh AS yang berpangkalan di Pasifik dalam satu kenyataan.

    “Kedua-duanya dipecat kerana kami sudah hilang keyakinan terhadap mereka,” kata kenyataan itu.

    Dua kejadian yang tidak membawa maut turut berlaku tahun ini, iaitu pada Januari lalu apabila kapal penjelajah peluru berpandu USS Antietam terkandas berhampiran pangkalannya di Jepun sementara Mei lalu, kapal jenis sama USS Lake bertembung dengan bot nelayan Korea Selatan.

    Susulan kejadian USS McCain, tentera laut memecat komander Armada Ketujuh dan beberapa pegawai lain.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bertembung Kapal Tangki, 2 Komander Kapal Pemusnah AS Dipecat "