• Bersatu Boleh Bawa Kemenangan Bergaya Kepada SUPP

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Tugas untuk merampas kembali kerusi bukan tugas senang bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) namun tidak mustahil bagi parti yang diketuai Datuk Dr Sim Kui Hian itu melakar kejutan sekiranya strategi betul dapat ditampilkan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, SUPP boleh menawan balik kerusi yang kalah jika setiap ahli parti terus bersatu hati.

    "SUPP mempunyai peluang baik untuk memenangi kembali kerusi yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), parti hanya perlu bersatu.

    "Pertembungan sudah pasti sengit, tetapi kita boleh menang dengan bersatu," katanya.

    Menurutnya, setiap ahli parti perlu kembali kepada tujuan penubuhan awal parti yang mahu menjadikan Sarawak lebih kuat dan maju.

    Pengerusi SUPP Bawang Assan, Robert Lau berkata, dalam tempoh 50 tahun lepas, SUPP ditubuhkan bukan sebagai parti Cina tetapi pelbagai kaum walaupun pada hari ini kebanyakan ahli berbangsa Cina.

    "Kita harus kembali kepada tujuan asal penubuhan dan memperjuangkan hak Sarawak," ujarnya.






    Subjects:

  • No Comment to " Bersatu Boleh Bawa Kemenangan Bergaya Kepada SUPP "