• Berdosa Kerana 'Dara'

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    SEORANG wanita Muslim dituduh melakukan dosa hanya kerana perkataan 'dara'.

    Tuduhan itu dilemparkan kepadanya selepas memuat naik gambar minyak zaitun yang tertera perkataan 'virgin oil' yang mana perkataan 'virgin' bermaksud dara.

    Wanita itu, yang gambar profil Twitternya mempunyai bendera Jordan, Palestine dan New Zealand menyiarkan gambar tersebut di Snapchat dan segera menerima tindak balas daripada salah seorang pengikutnya.

    Dia telah membuat paparan skrin komen tersebut dan menyiarkannya di Twitter dengan keterangan: "Saya telah menghantar gambar minyak zaitun... saudara kita ini benar-benar liar," merujuk kepada lelaki terbabit.

    Lelaki tersebut membalas: "Kamu tidak boleh menghantar gambar seperti itu kerana ia mengandungi kata-kata seperti 'dara' dan ia membuatkan seorang lelaki berfikir tentang tindakan-tindakan yang mungkin kamu telah atau tidak buat."

    Dia kemudian cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan mesej itu hanyalah 'nasihat'.

    "Ke hadapan kakakku. Saya hanya memberi nasihat ikhlas secara persendirian," tulisnya di Twitter.

    "Tidak perlu dedahkan perkara ini."

    Pengguna dalam talian yang tidak dapat merima apa yang berlaku bertindak balas dengan mempersoalkan nasihat lelaki terbabit.

    Ismail Royer berkata: "Tolong kata bahawa kamu tidak serius."

    Sementara pengguna lain berkata: "Apa yang dikatakannya itu menimbulkan marah tetapi membolehkan kita ketawa kepadanya." -dailymailUK/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Berdosa Kerana 'Dara' "