• Benarkah Rundingan Baiki Sekolah Usang Pancing Undi Dayak?

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+
    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mendakwa rundingan diantara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu penyelesaian sekolah-sekolah usang di Sarawak hanyalah gimik untuk memancing undi di kalangan masyarakat Dayak.

    Begitulah kenyataan seorang pemimpin Dayak Cobold John yang cuba mempolitikkan isu sekolah di Sarawak sedangkan sekolah di negeri ini ternyata begitu daif dan memerlukan pembinaan dan penambambahbaikan segera.

    Memang wajar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari mekanisma bagi menangani isu berkenaan bersama kerajaan pusat.

    Isu sekolah usang adalah tanggungjawab kedua pemimpin negeri dan negara bagi menyediakan prasarana pendidikan yang terbaik agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa serta selamat dan bukan untuk dipolitikkan dan tidak perlu isu tersebut digunakan untuk memancing undi Dayak sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dikatakan untuk memancing undi.

    Jika isu perbincangan tersebut PBDSB boleh katakan untuk memancing undi Dayak maka tidak salah juga netizen menyatakan yang setiap kenyataan pemimpin PBDSB juga bagaikan memancing undi Dayak untuk Pakatan Harapan. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Rundingan Baiki Sekolah Usang Pancing Undi Dayak? "