• Benarkah Durian Raja Kunyit Berharga RM5,760?

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    SESETENGAH orang mungkin tidak meminati raja segala buah ini. Tapi, kalau yang memang ‘hantu’ durian, harga beratus-ratus ringgit pun mereka sanggup bayar demi menikmati keenakannya.

    Apabila sampai saja musim durian, maka belambaklah khemah dipacak dekat tepi jalan dengan susunan buah yang menarik. Tapi yang tak bestnya, harga durian sekarang ni makin mengarut dan tak masuk akal langsung!

    Agak-agak kalian semua pernah tak jumpa durian yang berharga RM5,790.00? Durian tau, bukan harga iPhone 8.

    Seorang pembeli dikatakan telah membeli sebiji durian jenis Raja Kunyit dengan harga hampir 6k! Tergagap sekejap nak sebut harga durian tu.

    Mungkin inilah harga durian yang paling tak masuk akal setakat ni. Betul ke harga durian raja kunyit mahal macam tu? Boleh buat bayar duit muka untuk beli kereta dah macam tu tau.

    Kami telah cuba untuk menghubungi nombor yang tertera di resit tersebut, namun tiada sebarang jawapan. Mungkin selepas ini pihak mereka akan memberikan jawapan mengapa harga durian itu mencecah 6k.

    Jika dilihat harga biasa bagi durian kampung ialah RM35 di kawasan sekitar Ampang. Jangan setakat berat kulit je, sekali bila dibuka, isi cuma empat atau lima ulas je. Sakit hati betul!

    Itu baru durian Kampung. Kalau jenis Musang King? Dekat RM100 agaknya kan. Sebab tu ada juga yang sanggup masuk ke kampung demi cari dusun durian.

    Murah sikit kalau dapat durian fresh dari dusun. Tak ada lah mahal macam dekat bandar. Ada juga sesetengah peniaga durian mengatakan sebab utama harga durian jadi mahal ialah kerana musim buah itu ‘kurang menjadi’ kali ini.

    Tapi mahal-mahal pun ada je yang snaggup beli kan. Siapa saja yang boleh tolak keenakan rasa raja buah ni?

    Malah, ada yang sanggup ke Thailand bagi mendapatkan harga murah. Tapi kena hati-hati sikit kalau ke sana. Takut durian tu dah dicelup dengan pewarna pula.

    Bagi anda yang peminat tegar durian ni… Agak-agak masuk akal ke harga durian Raja Kunyit semahal macam tu? Menangis jugak rasanya kalau nak bayar tu. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Benarkah Durian Raja Kunyit Berharga RM5,760? "