• Bellew Tinggalkan Malaysia Airlines

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd, Peter Bellew, akan kembali menyertai Ryanair sebagai ketua pegawai operasi berkuat kuasa 1 Disember ini.

    Ryanair dalam kenyataannya menyebut, Bellew akan bertanggungjawab bagi semua operasi penerbangan, darat dan kejuruteraan Ryanair.

    Beliau sebelum ini berkhidmat di syarikat penerbangan tambang rendah itu sehingga 2014 sebagai pengarah operasi penerbangan.

    Bellew menggantikan Michael Hickey, yang akan menamatkan perkhidmatan hujung bulan ini selepas hampir tiga dekad bersama Ryanair.

    Subjects:

  • No Comment to " Bellew Tinggalkan Malaysia Airlines "