• Belia Lingga 'Belajar' Kenal Potensi Diri

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    LINGGA: Unit Amalan Kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan Program Serlah Potensi Melalui Psikologi di Dewan Masyarakat Kampung Lingga di sini, semalam.

    “Program ini diadakan bertujuan membantu remaja dan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bagi mengenal potensi diri serta menetapkan hala tuju kerjaya mereka,” kata penceramah program, Edris Aden.

    Tambahnya, seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan belia yang masih bersekolah dan telah tamat persekolahan telah menghadiri program berkenaan.

    “Saya berharap agar pihak agensi luar seperti MARA, IKM, Institusi Pengajian Awam dan Institusi Pengajian Swasta dapt melibatkan diri dalam program-program seperti ini agar golongan sasar mendapat pendedahan terbaik supaya maklumat kerjaya sedia ada dapat diperluaskan,” tegas Edris. - Sarawakiana



  • No Comment to " Belia Lingga 'Belajar' Kenal Potensi Diri "