• Bekas Timbalan Setiausaha Bebas Reman

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dibebaskan pada Selasa.

    Majistret Atikah Abu Hassan membenarkan wanita berusia 40 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin.

    Wanita itu yang kini bertugas sebagai setiausaha bahagian di sebuah kementerian lain, ditahan reman selama enam hari bermula 6 Oktober lepas sebelum perintah reman terhadapnya disambung enam hari lagi sehingga Selasa.

    Wanita itu merupakan antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.

    Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015. -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Timbalan Setiausaha Bebas Reman "