• Bekas bintang bola sepak AS, OJ Simpson dibebas dari penjara

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    LOS ANGELES: Bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat (AS), O J Simpson dibebaskan dari penjara di bawah parol, hari ini.

    Simpson, 70, dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun atas kesalahan terbabit dalam rompakan bersenjata pada 2008.

    "Simpson dibebaskan dari Pusat Tahanan Lovelock di barat Nevada tengah malam tadi (waktu tempatan).

    "Saya tidak tahu ke mana dia pergi," kata jurucakap penjara, Brooke Keast kepada AFP.

    Pada Julai lalu, Simpson dibebaskan di bawah parol dalam satu sesi pendengaran awam.

    Beliau pernah dibicarakan atas tuduhan membunuh bekas isteri, Nicole Brown Simpson dan teman lelaki isterinya, Ron Goldman pada 1995, tetapi didapati tidak bersalah atas tuduhan itu.

    Menurut peguamnya, Malcolm LaVergne, Simpson bercadang menetap di Florida selepas menamatkan hukuman penjaranya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas bintang bola sepak AS, OJ Simpson dibebas dari penjara "