• Bayi Ketiga William-Kate Lahir April Depan

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    LONDON – Bakal pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya Kate mengesahkan hari ini bahawa anak ketiga mereka bakal dilahirkan April depan.

    Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu, bulan lalu mengumumkan bahawa Kate hamil dan mengalami alahan yang teruk. Bagaimanapun, pasangan itu tidak mendedahkan tarikh kelahiran bakal cahaya mata ketiga mereka, lapor BH.

    Dalam satu kenyataan ringkas, pejabat Istana Kensington menyebut bayi yang bakal menjadi pewaris kelima takhta Britain itu bakal dilahirkan pada April 2018.

    Sejak berita mengenai kehamilannya tersebar, Kate dilihat membuat penampilan keduanya semalam ketika menghadiri acara amal di stesen kereta api Paddington di London.-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Ketiga William-Kate Lahir April Depan "