• Bayaran Caruman KWSP Menerusi E-bayaran Tahun Depan

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+
    SANDAKAN, 4 Okt (Bernama) -- Bermula Januari tahun depan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewajibkan majikan baharu menggunakan sistem e-Bayaran untuk pembayaran caruman pekerja mereka.

    Pengurus Besar Jabatan Caruman KWSP, Azmi Awang berkata langkah itu sejajar dengan hasrat KWSP menggalakkan majikan di negara ini menggunakan e-Bayaran.

    "Biarpun ia belum mewajibkan, namun kita sedang menuju ke arah itu," katanya kepada Bernama.

    Beliau merasmikan Program Taklimat e-Bayaran Caruman KWSP di sini hari ini yang dihadiri 64 orang majikan dan wakil mereka.

    Beliau sebelum ini berkata KWSP menyasarkan 50 peratus daripada kira-kira 29,000 majikan di Sabah akan menggunakan e-Bayaran menjelang akhir tahun ini.

    Azmi berkata KWSP mendapat maklum balas positif daripada majikan yang menggunakan e-Bayaran sebelum ini. -- BERNAMA


    Subjects:

  • No Comment to " Bayaran Caruman KWSP Menerusi E-bayaran Tahun Depan "