• Barisan Kepimpinan Muda Sarawak Akan Dilatih Dan Diperkasa

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

     "Kita perlu memperkasakan pemimpin-pemimpin muda. Itu yang saya akan lakukan sebelum saya bersara kelak," demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Menurut beliau, untuk menjadi pemimpin bukannya senang khasnya Sarawak kerana perlu adil kepada semua pihak, agama dan tidak boleh terlalu emosi.

    "Adalah penting pemimpin muda dilatih dan diperkasakan sebelum mereka mengambil alih kepimpinan negeri kerana Sarawak memerlukan pemimpin yang adil kepada semua kaum dan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu menjadikan Sarawak lebih maju pada masa akan datang," ujarnya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari yang juga presiden SABERKAS berkata,  golongan muda perlu terus diperkasa dan diberi perhatian sewajarnya.

    "Kita mahu melepaskan tanggungjawab dengan lancar dan pemimpin muda ini akan mengambil alih manakala golongan berusia yakni pemimpin sekarang menjadi penasihat," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Barisan Kepimpinan Muda Sarawak Akan Dilatih Dan Diperkasa "