• Baram Perlukan Peruntukkan Jalan Raya Dalam Bajet 2018

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Dennis Ngau berharap lebih banyak peruntukkan dari Bajet 2018 untuk membangunkan jalan raya di kawasan Baram terutamanya.

    Memetik laporan The Borneo Post, Dennis berkata Baram memerlukan sekurang-sekurangnya dua jalan utama iaitu jalan bagi menghubungkan Long Lama-Long Bedian-Long Iman dan jalan Lapok-Long Banga-Bario bagi meningkatkan kehidupan penduduk setempat.

    "Seluruh penduduk di rantau ini akan mendapat manfaat dengan adanya pelaksanaan dua jalan yang dicadangkan. Cadangan jalan Long Lama-Long Bedian-Long Iman akan merangkumi penyusunan semula dan sambungan semula bekas-bekas jalan balak yang telah lama ditinggalkan," katanya.

    Dennis yang juga merupakan Ahli Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) berharap laluan Lapok-Long Banga-Bario-Ba Kelalan dapat dilaksanakan segera untuk memanfaatkan potensi ekonomi tanah tinggi, terutama Bario.

    "Oleh itu, kami berharap Kerajaan Persekutuan dapat memperbaiki jalan pembalakan sedia ada dan menyelaraskan jalan pembalakan yang terbengkalai supaya dapat digunakan oleh kenderaan bermotor. Keseluruhan idea ini adalah bagi menyediakan sambungan yang lebih baik untuk rakyat," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Baram Perlukan Peruntukkan Jalan Raya Dalam Bajet 2018 "