• Banjir: Sekolah Di Lawas Diarah Berjaga-Jaga

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    LAWAS: Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, di sini, diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan paras air yang semakin meningkat sejak jam 4 pagi tadi.

    Sehingga jam 8.30 pagi ini, paras air di kawasan sekolah berkenaan sudah mencecah satu meter.

    Bagaimanapun, sekolah berkenaan yang mempunyai 205 murid, 21 guru dan sembilan staf sokongan, masih beroperasi seperti biasa kerana bangunan agak tinggi.

    Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, berikutan itu pemantauan kini dijalankan untuk memastikan keselamatan semua warga sekolah terbabit.

    "Berdasarkan maklumat daripada Guru Besar sekolah itu, Saptu Damit, air mula naik awal pagi tadi.

    "Paras air semakin naik dan sudah mencapai paras lebih tinggi berbanding banjir yang pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini," katanya. - BHOnline
  • No Comment to " Banjir: Sekolah Di Lawas Diarah Berjaga-Jaga "