• Banduan 9 Tahun, OJ Simpson Kini Bebas

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    LOS ANGELES: Tepat pukul 12.98 tengah malam, bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat (AS), OJ Simpson dibebaskan dari penjara.

    Simpson menjalani hukuman sembilan tahun dan bebas menerusi program parol bermula Ahad.

    Bekas ahli sukan berusia 70 tahun itu memakai topi , jaket denim, jeans dan kasut sukan ketika melangkah keluar dari pusat tahanan.

    Ketika diarahkan keluar dari pintu pusat tahanan itu, Simpson hanya menjawab: "Okay".

    Simpson dikenakan hukuman penjara atas kesalahan terbabit dalam rompakan bersenjata di sebuah hotel di Las Vegas pada 2007.

    "Simpson dibebaskan dari Pusat Tahanan Lovelock di barat Nevada tengah malam tadi (waktu tempatan).

    "Saya tidak tahu ke mana dia pergi," kata jurucakap penjara, Brooke Keast kepada AFP.

    Pada Julai lalu, Simpson dibebaskan di bawah parol dalam satu sesi pendengaran awam.

    Beliau pernah dibicarakan atas tuduhan membunuh bekas isteri, Nicole Brown Simpson dan teman lelaki isterinya, Ron Goldman pada 1995, tetapi didapati tidak bersalah atas tuduhan itu.

    Menurut peguamnya, Malcolm LaVergne, Simpson bercadang menetap di Florida selepas menamatkan hukuman penjaranya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Banduan 9 Tahun, OJ Simpson Kini Bebas "