• #Bajet2018: Wajib 30% Wanita Dalam GLC, GLIC

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita dengan mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan perkhidmatan awam.

    “Kerajaan juga memperuntukkan RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy.

    “Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan. Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020,” katanya sewaktu membentangkan Bajet 2018 di Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Wajib 30% Wanita Dalam GLC, GLIC "