• #Bajet2018 : Tempoh Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Tempoh diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan selama setahun hingga 31 Disember 2018.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman pendidikan itu, kerajaan menawarkan tiga jenis insentif diskaun kepada peminjam.

    "Insentif pertama ialah diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan ketiga, diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik ditetapkan," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018 : Tempoh Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan "