• #Bajet2018: RM190 Juta Naik Taraf 2,000 Kelas Kepada Bilik Darjah Pintar

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Bajet 2018 mengumumkan peruntukan RM190 juta bagi menaiktaraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21, bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut termasuk dalam dana khas sebanyak RM250 juta untuk pendidikan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    “Antara lain kita akan Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM, bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini, bagi melatih guru pakar STEM mengguna pakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada, dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

    “Kita juga akan mempertingkatkan modul Sains Komputer yang termasuk program ‘Coding’ dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, yang kini telah pun wujud di tingkatan satu dan tingkatan tiga,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Tambah Najib, hampir RM20 juta turut disediakan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) untuk mengangkat mutu budaya ke tahap yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: RM190 Juta Naik Taraf 2,000 Kelas Kepada Bilik Darjah Pintar "