• #Bajet2018: RM1 Bilion Peruntukan Pengangkutan Awam

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas serta teksi.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi mewujudkan sistem biometrik untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres bagi membendung kemalangan membabitkan kenderaan itu.

    Pada masa sama, katanya, kerajaan turut mengisytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai pulau bebas cukai tetapi tidak termasuk barangan seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

    Selain itu, kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu juga akan dibesarkan.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: RM1 Bilion Peruntukan Pengangkutan Awam "