• #Bajet2018: Peruntukan TVET Naik, Biasiswa Disediakan

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.9 bilion untuk melaksana pelan induk Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 berkata jumlah itu meningkat sebanyak RM300 juta berbanding RM4.6 bilion yang diperuntukkan pada Bajet 2017.

    Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta.

    Kerajaan juga akan menubuhkan 'National Rail Centre of Excellence' yang berperanan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti, akreditasi dan pendidikan latihan rel negara bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel.

    Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd akan bekerjasama dengan universiti awam (UA) untuk melatih 3,000 profesional dalam industri rel.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Peruntukan TVET Naik, Biasiswa Disediakan "