• #Bajet2018 : Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

    Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

    "Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion," katanya.

    Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.

    Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018 : Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018 "