• #Bajet2018: Peruntukan Paling Besar Untuk Pertanian

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan buat pertama kali dalam sejarah negara memberi peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, berjumlah RM6.5 bilion.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.

    Sementara, kira-kira RM500 juta diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

    "Saya mendapat perkhabaran bahawa durian Malaysia, Musang King dijual RM800 sekilogram di Taiwan," katanya.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Peruntukan Paling Besar Untuk Pertanian "