• #Bajet2018: Pelaburan Swasta Cecah RM260b

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pelaburan swasta terus menjadi peneraju apabila dijangka mencecah RM260 bilion tahun depan berbanding RM109 bilion bakal diraih pelaburan awam, kata Datuk Seri Razak.

    Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus menekankan kepada pelaburan berimpak tinggi sejajar dengan matlamat Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan pelaburan swasta sebagai enjin kepada pertumbuhan.

    Katanya, pelaburan swasta merangkumi 70 peratus daripada keseluruhan pelaburan, manakala bakinya adalah pelaburan awam.

    "Ini termasuk RM1 bilion untuk lima koridor utama. Kerajaan akan membangunkan Wilayah Selatan Perak merangkumi pembangunan PROTON City, Edu City dan U City serta Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.

    "Turut diberi perhatian ialah pembinaan pelabuhan dan kawasan perindustrian Tok Bali, Kelantan dan jalan akses ke Empangan Balik, Sarawak," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Pelaburan Swasta Cecah RM260b "