• #Bajet2018 Memperbetulkan Beberapa Masalah Lalu

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+
    Seperti yang diketahui, Perdana Menteri Datuk Seri Najib merupakan pemimpin Malaysia yang berjaya mengorak langkah ekonomi negara di landasan yang betul. Pelbagai kejayaan memberangsangkan telah terbukti walaupun dasar yang dipraktikkan tidak popular dan di luar jangkaan.

    Ia adalah dasar drastik melindungi negara daripada kemelesetan ekonomi rentetan daripada ketidaktentuan ekonomi global. Malah Malaysia dipuji oleh agensi dunia sebagai pegurusan Makroekonomi terbaik. Ini membuktikan kepimpinan Najib diperhati oleh dunia bagaimana sebuah negara kecil mampu melonjak ekonomi.

    Justeru kejayaan tersebut harus dikongsi dengan rakyat terutama Sarawak yang amat memerlukan sentuhan pembangunan yang drastik dan efektif terhadap rakyat. Lebuhraya Pan Borneo memang diakui mampu mengubah lanskap ekonomi negeri ini tetapi masih banyak lagi cabang pembangunan yang begitu diperlukan oleh rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak juga inginkan sebuah pembangunan yang mencukupi sebagaimana pembangunan yang terdapat di Semenanjung.

    Memang diharap Najib akan memperbetulkan kesilapan masa lalu dimana semasa era Tun Mahathir memerintah, terlalu banyak kesilapan terhadap Sarawak berlaku sehingga Sarawak terus ketinggalan dalam arus pembangunan yang sepatutnya.

    Sarawak sudah puas berusaha untuk mendapat peruntukkan yang sepatutnya daripada pusat ketika era Mahathir dan pada era Najib rakyat Sarawak mahu melihat apa yang ketinggalan sebelum ini terus berubah dan Sarawak terus berkembang maju selari dengan kemajuan Semenanjung.

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018 Memperbetulkan Beberapa Masalah Lalu "