• #Bajet2018: Lebih RM60 Bilion Untuk Sektor Pendidikan

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi sektor pendidikan Malaysia secara purata adalah lebih dua kali ganda berbanding negara ASEAN lain.

    Bagi tahun 2018, sejumlah RM61.6 bilion disediakan untuk sektor itu termasuk RM654 juta bagi pembinaan empat prasekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme; 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

    Melalui kaedah Sistem Pembinaan Perindustrian kerajaan turut mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5 bilion bagi tempoh dua tahun, dengan pecahan RM500 juta bagi sekolah daif di Semenanjung dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah dan di Sarawak.

    Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM550 juta bagi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaran Sekolah untuk 2018.

    Daripada jumlah itu sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); RM50 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT); Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (RM50 juta); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta) dan Maktab Sains Rendah MARA (MRSM) (RM50 juta).-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Lebih RM60 Bilion Untuk Sektor Pendidikan "