• #Bajet2018: Kadar BR1M Maksimum RM1,200

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditambah RM200, menjadikan jumlah bantuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat itu kepada maksimum RM1,200.

    Tahun lalu, jumlah agihan BR1M kepada rakyat pendapatan di bawah RM3,000 adalah RM1,000; peserta e-kasih RM1,050 dan isi rumah pendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

    "Bagi 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200," katanya.

    Mengulas lanjut, Najib berkata rakyat terus menerima agihan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan senang hati serta rasa syukur sejak BR1M diperkenalkan pada 2012.

    Katanya, jelas BR1M terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

    Katanya, pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif kerajaan itu menuduhnya sebagai "dedak" dan "umpan", kini tanpa segan silu membuat pusingan U.

    Beliau berkata dua hari lalu, pembangkang mencadangkan BR1M terus dilaksanakan.

    "Khabarnya, Kerajaan Pulau Pinang sendiri akur akan kebenaran program BR1M oleh kerajaan," katanya.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Kadar BR1M Maksimum RM1,200 "