• #Bajet2018: 'Jangan Tuduh Kerajaan Mahu Gadai Negara'

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan parti pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mahu menggadaikan kedaulatan negara menerusi lawatan rasminya dan anggota Kabinet.

    Perdana Menteri berkata, lawatan rasmi itu bertujuan meningkatkan jumlah pelaburan negara yang mana untuk tahun lalu, jumlah pelaburan swasta melebihi RM211 bilion berbanding hanya RM81 bilion pada 2009.

    Sepanjang lapan tahun lalu, katanya, di sebalik pelbagai kerencaman dan cabaran ekonomi, Malaysia membuktikan kemampuan untuk mengatasinya.

    "Oleh itu seandainya saya dan anggota Kabinet adakan lawatan rasmi ke luar negara, janganlah sewenang-wenangnya menuduh kita mahu menggadaikan negara," katanya.

    Najib berkata, baru-baru ini beliau mendapat perkhabaran Menteri Besar Selangor ke China untuk mencari pelabur.

    "Kita nak tanya, adakah (Ahli Parlimen) Gombak (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) nak jual Selangor ke? Itu belum lagi dikira lawatan ke luar negara yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang.

    "Itupun kira macam mana, nak jual negeri jaga ke?" katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.-Berita Harian Online

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: 'Jangan Tuduh Kerajaan Mahu Gadai Negara' "