• #Bajet2018: Geran Penyelidikan & Pembangunan Universiti Awam Meningkat

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sebanyak RM400 juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada universiti awam berbanding RM235 juta yang diperuntukkan dalam Bajet yang lalu, termasuk satu peruntukan khas kepada Universiti Malaya untuk mencapai status 100 Universiti Terbaik Dunia dalam masa terdekat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM90 juta turut diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.


    “Selain itu, RM2.2 bilion akan diperuntukkan bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

    “Setiap penuntut di universiti awam dan swasta serta tingkatan enam pula akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai 250 ringgit memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Tambah Najib, Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah 44 bilion ringgit. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Geran Penyelidikan & Pembangunan Universiti Awam Meningkat "