• #Bajet2018: Eksport Negara Paras Tertinggi Lebih RM80b

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada Ogos lalu, eksport negara pertama kalinya mencapai antara paras tertinggi nilaian lebih RM80 bilion iaitu merekodkan pertumbuhan digit berganda.

    Katanya, rizab antarabangsa terkini pula AS$101.4 bilion (RM430.217 bilion) manakala pada 1997 hanya AS$21.7 bilion (RM 92.1 bilion).

    “Kalau rizab serendah AS$21.7 bilion pun negara kita tidak bankrap, apatah sekarang ASS$101.4 bilion,” katanya dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

    Tambah Najib, kerajaan turut menyasarkan 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.

    Setakat ini, katanya, sasaran itu sudah pun mencapai angka 69 peratus dengan 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2018: Eksport Negara Paras Tertinggi Lebih RM80b "