• Bajet Negeri 2018 Tetap Fokus Kepada Pembangunan

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Bajet Negeri 2018 ada sedikit berbeza berbanding sebelum ini namun keutamaan masih diberikan kepada pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    "Keutamaan masih diberikan kepada pembangunan namun Bajet Negeri 2018 sedikit berbeza kerana perbelanjaan operasi akan dikawal bagi mengurangkan kos," kata beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri menyatakan 70 peratus daripada jumlah keseluruhan Bajet (Negeri) 2018 merupakan bajet pembangunan kerana Sarawak masih amat memerlukan pembangunan.

    Ketua Menteri dijangka membentangkan Bajet Negeri 2018 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula pada 8 hingga 18 November 2018.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bajet Negeri 2018 Tetap Fokus Kepada Pembangunan "