• Bajet awal hormati Maghrib: PM

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memecah tradisi apabila memutuskan untuk membentang Bajet 2018 pada jam 3.30 petang esok, berbanding jam 4.30 petang sebelum ini.

    Beliau berkata, pembentangan bajet kali kesembilan beliau tahun ini sesuai dimulakan lebih awal untuk keselesaan kerana waktu solat Maghrib ialah pada jam 6.59 petang.

    Katanya, ucapan pembentangan diperuntukkan antara dua hingga dua jam setengah, bergantung kepada keadaan dan suasana ketika sesi pembentangan di Dewan Rakyat esok.

    "Pembentangan kali ini lebih awal kerana waktu Maghrib masuk awal. Ucapan boleh selesaikan sebelum masuk Maghrib dan mereka yang beragama Islam sempat menunaikan solat Asar," katanya dalam sesi taklimat Bajet 2018 kepada editor media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

    Perdana Menteri tidak pasti tempoh pembentangan sebenar kerana ia bergantung kepada keadaan esok seperti tepukan sokongan daripada Ahli Parlimen.

    "Saya jangkakan antara dua hingga dua setengah jam boleh selesai," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet awal hormati Maghrib: PM "