• Bajet Alternatif PH Hanya Janji Manis

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Janji dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam Bajet Alternatif disifatkan Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai tiada benda baharu.

    Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, sekali lagi janji manis dibuat PH sebelum pilihan raya.

    Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, janji yang dibuat dalam bajet alternatif nampak manis tetapi PH tidak sekata dalam perkara yang dijanjikan.

    "Banyak janji dibuat di Selangor dan Pulau Pinang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lepas tetapi tidak dilaksanakan walaupun PH mentadbir kedua-dua negeri ini.

    "Cara terbaik untuk mengelak tidak menunaikan janji adalah disebabkan mereka tidak mentadbir negara," katanya.




    Subjects:

  • No Comment to " Bajet Alternatif PH Hanya Janji Manis "