• Bajet Alternatif Buktikan Malaysia Banyak Duit & Tidak Bankrup

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+
    Dekat lima kali pembangkang tuduh Malaysia hendak bankrup. Pada 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. Pada 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”.

    Pada 26 Ogos 2015, Tun Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. Pada 3 September 2015, Tun Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. Pada 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

    Waktu sedap mengata Malaysia hendak bankrup inilah anak Mahathir turut tersenarai di kalangan orang terkaya di Malaysia. Menurut laporan majalah Forbes pada Mac 2017, Mokhzani berada ditangga ke 34 orang terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $420 juta (RM 1.806 bilion).

    Kalau negara hendak bankrup sudah tentu anak Mahathir pun terkeluar sama dalam senarai orang paling kaya. Dalam Bajet Alternatif yang mereka buat dua hari lepas, berbagai bagai perkara pembangkang hendak beri kepada rakyat.

    Biarpun terkurang hasil RM25.5 billion bila mansuh GST, mereka masih lagi hendak menawarkan pendidikan percuma di semua universiti dengan kos keseluruhan dianggar boleh mencecah RM60 billion. Beri subsidi minyak RM1 billion. Selain itu, mahu hapus tol lagi yang akan melibatkan kos RM36 billion.

    Dari mana hendak cari duit yang terkurang sebanyak RM122.5 billion ini untuk melaksanakan apa yang pembangkang janji itu? Mahu pinjam duit dari IMF?

    Bermaksud pembangkang tahu negara ini masih lagi banyak duit dan wang bukanlah bankrup seperti yang didakwa mereka. Buat apa lagi hendak gila kuasa pada sebuah negara yang sudah kering dan tiada apa apa.

    Pembangkang asyik mengata bahawa kos sara hidup rakyat Malaysia sekarang ini teruk dan membebankan. Benarkah apa yang mereka kata itu? Menurut kajian Mercer pada 2017 mengenai “Cost of Living Ranking”, Kuala Lumpur berada di tangga 151 daripada 209 bandar di dunia.

    Malah Malaysia juga menjadi negara ketiga terbaik di dunia bagi mereka yang berada di luar negara untuk bersara, menurut laporan oleh InternationalLiving.com. Orang yang sudah bersara mesti hendak cari tempat yang bersesuaian dengan kualiti dan kos yang mereka ada.

    Orang luar negara pun hendak datang ke Malaysia dan tinggal di sini. Orang di Malaysia pula mudah terperdaya dengan dakyah bahawa negara ini hendak bankrup dan kos sara hidup kononnya terlalu tinggi.

    Ada seorang bekas Perdana Menteri itu, dia pun sudah pencen, tetapi masih lagi mahu duduk di Malaysia dan ambil kuasa di negara ini. Buat apa lagi hendak ambil kuasa di negara ini, kalau kata negara ini sudah gagal, bankrup dan tidak ada duit.

    Baik pergi beli satu pulau di luar negara, duduk situ dan tinggal sahaja disitu. Boleh buat apa sahaja yang dia suka di pulau itu. Boleh jadi Perdana Menteri seumur hidup di pulau itu. Aman sikit Malaysia kalau Mahathir mahu buat begitu.

    Ini tidak, sungguh sungguh dia hendak ambil kuasa di negara ini dan bagi kepada anak dia. Sampai sanggup bersekongkol dengan DAP dan orang yang dia kata peliwat dahulu bagi membolehkan impian anaknya menjadi Perdana Menteri itu tercapai.

    Pembangkang dalam Bajet Alternatif yang mereka buat semalam tidak dapat lari dari fakta bahawa kek ekonomi negara semakin besar, KDNK bernilai RM1.4 trilion pada 2018. Kek inilah yang Datuk Seri Najib mahu kembangkan menjadi ekonomi bernilai RM2 billion dalam tempoh tujuh atau lapan tahun lagi.

    Lapan tahun lepas, pada tahun 2009, KDNK Malaysia adalah hanya pada nilai RM519.2 billion sahaja. Kini sudah jadi RM1.426 billion. Dalam masa 8 tahun sahaja, Datuk Seri Najib telah berjaya tingkatkan hasilnya sejumlah RM906.8 billion.

    Bukti bahawa Datuk Seri Najib lebih pandai mengurus ekonomi dan mencari hasil untuk negara ini berbanding Mahathir. Pada akhir tahun 2003, KDNK Malaysia hanyalah pada nilai RM230.7 billion sahaja. Jauh berbeza kek ekonomi pada zaman Najib dengan zaman Mahathir.

    Kenapa pembangkang tidak bezakan angka angka ini? Mereka hanya menyebut hendak berjimat RM20 billion di Jabatan Perdana Menteri kerana cakap zaman Mahathir hanya perlu RM8 billion sahaja untuk urus JPM. Lihatlah pulangan yang dibawa untuk negara dalam KDNK, jauh lebih tinggi nilainya dari zaman Mahathir.

    Pembangkang tahu masih banyak duit berada di KWSP, Mara, KWAP dan Tabung Haji. Kalau duit tidak cukup, inilah tempat sasaran mereka untuk tampung kekurangan yang ada. Negara boleh lingkup jika jadi begini. Bankrup sungguh kalau semua duit di situ dipunggah oleh DAP dan Pakatan Harapan.

    Pembangkang yang tamak dan obses pada kuasa sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamatnya. Ini kerana pembangkang masih percaya Malaysia masih banyak wang, bukannya bankrup seperti yang mereka dakwa.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB633, Jumaat
    27 Oktober 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet Alternatif Buktikan Malaysia Banyak Duit & Tidak Bankrup "