• #Bajet 2018: Unjuran Ekonomi Malaysia Tahun Ini 5.7 Peratus

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara 5.2 hingga 5.7 peratus pada tahun ini iaitu lebih tinggi daripada unjuran pada Mac lalu iaitu 4.3-4.8 peratus.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, separuh pertama KDNK negara adalah 5.7 peratus.

    Katanya, rakyat jangan terpedaya dengan dakyah tidak terhenti henti oleh media sosial yang tidak bertanggungjawab.

    “Realitinya, baru sahaja tiga minggu lepas Bank Dunia buat semakan semula dan paling mustahak, menzahirkan keyakinan terhadap ekonomi kita dengan unjuran semula daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus pada 2017,” katanya sewaktu berucap pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet 2018: Unjuran Ekonomi Malaysia Tahun Ini 5.7 Peratus "