• Bajet 2018 Tiada Isu Bangsa Atau Agama

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+
    Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas merupakan bajet yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia dan tiada berunsur bangsa dan agama tertentu. Semua pihak mendapat manfaat.

    Bercanggah seperti yang dinyatakan oleh pemimpin parti politik Dayak (PBDS) yang mendakwa bajet tersebut tidak memberi manfaat langsung kepada kaum Dayak. Apa yang pasti kenyataan tersebut mengundang anggapan negatif rakyat kepada kerajaan.

    Jika diteliti secara mendalam tidak satu pun kenyataan bajet tersebut mengkhususkan kepada satu kaum sahaja. Ianya menyeluruh tanpa mengira kaum dan agama. Malah Orang Kelainan Upaya (OKU), warga tua dan bayi yang baru lahir pun mendapat faedah.

    Bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah padi. Adakah ia tidak memberi manfaat kepada Dayak sedangkan di Sarawak golongan yang paling ramai menanam padi ialah kaum Dayak.

    Dalam hal sebegini pemimpin Dayak yang tidak senang hati dengan bajet 2018 sepatutnya menyampai maklumat kepada penanam padi bagaimana hendak mendapat insiatif tersebut daripada hanya bercakap mengenai kaum yang hanya akan memberi impak negatif kepada kaum itu sendiri. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet 2018 Tiada Isu Bangsa Atau Agama "