• Bajet 2018 Tiada Faedah Kepada Dayak –PBDSB

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John Lusoi melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap peruntukan Bajet 2018 dan merasakan ia tidak mendatangkan faedah khususnya kepada kaum Dayak di Sarawak.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.

    Memetik laporan Utusan Borneo Cobbold berkata walaupun pembahagian belanjawan tersebut besar khas diberi kepada Sabah dan Sarawak namun ianya sama sekali tidak relevan serta tidak memberi manfaat kepada kaum Dayak di Sarawak.

    Menurutnya, ia hanya diberikan kepada kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli Semenanjung serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak tapi mengapa tidak dinyatakan sekali kaum Dayak.

    “Mengapa tidak dinyatakan sekali kaum Dayak yang merupakan Bumiputera bukan Islam?.

    “Walaupun 70 peratus rakyat di Malaysia yang dikenali sebagai Bumiputera namun ia hanya diberikan kepada Bumiputera Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Walhal ia sepatutnya ditapis semula dan diagihkan kepada Bumiputera Islam dan Bukan Islam.” katanya.

    Beliau juga dipetik sebagai berkata, tidak bersetuju dengan Perdana Menteri kerana tidak memberikan agihan kepada Kristian di Sarawak disebabkan agihan belanjawan yang diberikan hanya kepada pusat tahfiz tetapi tidak kepada Gereja. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bajet 2018 Tiada Faedah Kepada Dayak –PBDSB "