• Bajet 2018 Tekan Aspek Pembangunan Tanpa Mengorbankan Kebajikan Rakyat

    Published: Sunday, 29 October 2017
    A- A+


    CYBERJAYA - Bajet 2018 yang disediakan kerajaan terus menekankan aspek pembangunan negara tanpa mengorbankan kebajikan rakyat, kata Presiden Persatuan Alumni Hasil Dalam Negeri Malaysia (AIRA) Datuk Mohammad Sait Ahmad.

    Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata perkara itu jelas dapat dilihat menerusi pelbagai insentif, galakan serta pelepasan cukai yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Justeru, rakyat perlu terus menyokong usaha yang direncana oleh kerajaan menerusi pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan negara mencapai status negara maju berdaya saing seperti yang digariskan di bawah Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

    Dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lepas, perdana menteri mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM280.25 bilion ringgit dengan RM234.25 bilion daripadanya adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan.

    Antara yang diumumkan termasuk kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan yang akan dinikmati golongan pendapatan pertengahan (M40) atau isi rumah berpendapatan RM9,000 ke bawah.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet 2018 Tekan Aspek Pembangunan Tanpa Mengorbankan Kebajikan Rakyat "