• Bajet 2018: Penguang Harap Peruntukan Lebih Untuk Kawasan Luar Bandar

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    MIRI: Penduduk luar bandar di Sarawak menjangkakan peruntukan yang lebih besar untuk infrastruktur jalan, telekomunikasi, utiliti dan projek yang menjana spin-off dalam Bajet 2018 yang bertemakan 'Membentuk Masa Depan' yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  Jumaat ini.

    Menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.  dalam senarai tersebut merangkumi menaik taraf jalan dan rangkaian jalan luar bandar untuk menyediakan mobiliti yang lebih baik kepada orang ramai.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau juga menjangkakan lebih banyak peruntukan untuk bekalan air dan elektrik untuk kawasan luar bandar, termasuk pemasangan sistem solar di kawasan terpencil.

    “Apa yang diperlukan juga lebih banyak menara telekomunikasi di kawasan luar bandar untuk membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan lebih cepat dan tanpa gangguan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam ekonomi digital yang dibayangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    "Lebih banyak menara telekomunikasi perlu dibina untuk menghubungkan kawasan luar bandar ke dunia luar dan memastikan kita melonjakkan ekonomi kita untuk e-Perdagangan ," katanya.

    Di samping itu, beliau yang juga merupakan ADUN Marudi berkata, terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu sekolah usang di Sarawak dan mahu lebih banyak dana untuk projek pertanian di kawasan luar bandar, katanya.

    Selain itu tambahnya, beliau juga ingin melihat pengurangan cukai isi rumah. – Sarawakiana
  • No Comment to " Bajet 2018: Penguang Harap Peruntukan Lebih Untuk Kawasan Luar Bandar "