• Bajet 2018: Nelayan Harap Elaun Sara Hidup Ditambah

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Golongan nelayan berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan untuk menambah jumlah elaun sara hidup nelayan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.

    Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, Drahman Amat berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana golongan nelayan turut berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

    "Saya berharap dalam Bajet 2018, kerajaan mengumumkan pertambahan elaun sara hidup nelayan," katanya.

    Menurutnya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk menambah bilangan penerima subsidi NKRA 1 Azam agar lebih ramai golongan nelayan mendapat manfaat.

    Dalam perkembangan berkaiatan, beliau berkata, zon penangkapan ikan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan nelayan mencari hasil tangkapan masing-masing tanpa berdepan kesulitan.

    "Perairan tangkapan perlu dinaiktaraf termasuk membuat zon tangkapan yang betul," ujarnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Bajet 2018: Nelayan Harap Elaun Sara Hidup Ditambah "