• Bajet 2018 Mesra Rakyat, Setiap Lapisan Masyarakat Dapat Manfaat

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+

    Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam boleh disifatkan sebagai mesra rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

    Beliau berkata, lebih banyak lapisan masyarat turut mendapat manfaat daripada pembentangan bajet terbaru itu.

    Malah menurutnya, nasib penduduk luar bandar terus diberi perhatian bukan sahaja dalam aspek infrastruktur tetapi juga bantuan untuk golongan petani.

    "Bajet yang diumumkan Perdana Menteri ini mesra rakyat," katanya.

    Dr Johnical menjelaskan, paling menarik sekali adalah membabitkan isu sekolah daif yaang menjadi keluhan wakil rakyat di luar bandar Sarawak.

    "Untuk tujuan ini, Perdana Menteri membawa perkhabaran gembira kepada penduduk luar bandar yang mana banyak sekolah daif yang memerlukan perhatian," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bajet 2018 Mesra Rakyat, Setiap Lapisan Masyarakat Dapat Manfaat "